Tuesday, August 23, 2011

Item 'TIDAK BERGUNA'

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini saya ingin tujukan khas kepada Kak Yaya dan Abg TG yang bakal menimang cahaya mata September ini InsyaAllah. Juga buat rakan2 yang sudi mengambil manfaat.



Ibu bapa bijak, anak mewah. Honestly speaking saya belum baca lagi buku ni tapi sempatlah intai2 masa mak tengah baca. Dikarang oleh Zaid Mohamad bermentorkan Azizi Ali. Saya telah dilatih untuk mencatat setiap perbelanjaan harian sejak dibangku sekolah lagi tapi hingga ke hari ini saya belum berjaya menjadi seorang jutawan. Setelah meneliti secara kasar beberapa halaman, saya menyedari bahawa saya telah menggunakan teknik yang salah dalam pengurusan perbelanjaan saya. Ya, ia adalah kesilapan yang besar. Saya merekodkan segala perbelanjaan tanpa menetapkan kelas setiap item. Sebagai contoh:

setiap hari saya akan catatkan;

12 hb Julai
Jam tangan- RM60.00
Makan t/hari- RM3.00
Kasut sukan- RM15.00

sepatutnya saya perlu kelaskan begini;

12 hb Julai
Jam tangan- RM60.00 [TB]
Makan t/hari- RM3.00 [KP]
Kasut sukan- RM15.00 [KP]

*TB: Tidak Berguna
*KP: Keperluan Penting

Ulasan: Makan t/hari dan kasut sukan adalah keperluan dan berbaloi dengan harga yang telah saya bayar. Namun, jam tangan berharga RM60 adalah TIDAK BERGUNA! Meskipun ia suatu keperluan namun saya masih boleh melihat masa dengan jam berharga serendah RM15.00!


Ya, penanda yang akan menyedarkan saya setiap kali keluar membeli-belah adalah 'TIDAK BERGUNA'. Saya telah mempraktikkannya bersama-sama emak saya dan ternyata ianya sangat berkesan. Setiap kali kami masuk ke kedai dan teruja melihat barangan2, kami akan berbincang terlebih dahulu kelas barangan tersebut. Keputusannya, kami telah menyebut perkataan 'TIDAK BERGUNA' kepada kebanyakan barang dan kami pulang dengan hati yang gembira. Maka kami telah berjaya merekodkan belian barangan keperluan dan tiada satu pun barangan 'TIDAK BERGUNA' yang kami beli.

Ingin juga saya kongsi formula mengenai bagaimana hendak mencipta 'Senarai Kehidupan'.

Tetapkan:

~ Objektif
~ Cita2
~ Strategi
~ Pengukuran


Ketika membuat keputusan untuk keluar membeli barangan keperluan, secara kasarnya keperluan itu diputuskan mengikut penggunaannya di rumah. Tetapi kebiasaan yang berlaku adalah kita sering membawa pulang barang2 yang bukan keperluan. Oleh itu, pastikan anda menyenaraikan segala keperluan sebelum keluar. Pastikan juga yang anda hanya akan membeli barangan yang ada dalam senarai sahaja meskipun anda merasakan barang yang anda lihat berguna untuk anda. Masukkan sahaja item tersebut kedalam senarai barangan esok hari!

Begitu juga dengan perkara2 penting dalam hidup anda. Seperti 'peta jalan' untuk mencapai cita2 kewangan yang stabil untuk keluarga anda. Seandainya anda tidak menetapkan 'peta jalan tersebut tidak mengapa. Namun, bagaimanakah anda tahu di mana anda berada dan ke mana hendak tuju?? Tanpa tetapan itu, anda mungkin bakal merosakkan 'perjalanan' anda. Anda juga akan menyedari KEPERLUAN dan KEHENDAK yang selalu menjerat wang anda.

Ingin tahu lebih lanjut? Belilah buku ini...

No comments:

Post a Comment