Assalamualaikum w.b.t
Macam lucu je bila ubat gigi hilang pun nak kena report pada mak. Memang lawak dan ayah orang paling kuat ketawa. Of course lawak sebab yang report tu anak lelaki kot. Sepanjang2 saya tinggal di asrama x pernah pula nak report benda2 macam tu kan. Mungkin sebab saya umpama singa sampai xda yang berani usik barang saya kan...
Actually saya terfikir juga kalau hal sekecil ubat gigi hilang pun nak cerita maksudnya kalau ada perkara2 yang besar pun surely dia akan bagi tahu. Ternyata teori saya tepat. Bila dia mula meminta mesej kata2 daripada saya, sangat menghairankan. Suddenly I feel that... he's now a growing up boy. Apa yang perlu saya buat?
Teringat kata2 mak, adik2 ni umpama layang2. Kita perlu berikan mereka peluang untuk terbang setinggi mungkin. Namun, pegangan tali jangan sekali-kali dibiarkan lepas. Sampai satu masa bila dirasakan mereka agak jauh, tarik tali itu kembali perlahan-lahan. Jangan dibiarkan mereka terlalu jauh kerana bimbang tersangkut pada pokok atau talinya putus dek angin kencang.
Ya, menghadapi adik yang sedang meniti usia remaja sangat sukar. Mungkin keadaan saya dahulu agak berbeza kerana sibuk dihambat jadual kuliah yang padat dan aktiviti2 kampus yang melambak. Seharusnya pada ketika itu saya hanya menerima apa yang ada tanpa pernah memikirkan soal hati dan perasaan. Adik perempuan saya pula tidak terlalu banyak kerenahnya. Mungkin kerana tidak panjang langkahnya dan tidak ramai kawannya. Yang ada pun semuanya perempuan. Kini, bila menghadapi adik lelaki pertama saya mula terfikir apakah itu perasaan. Mungkin kerana terbiasa hidup tanpa perasaan saya merasakan ia suatu istilah yang aneh.
Apa yang penting, sebagai seorang kakak menjadi tanggungjawab untuk saya membimbing adik2 saya. Mudahnya untuk saya memberikan ceramah dikhalayak umum, memberikan nasihat dan motivasi. Namun, bila melibatkan adik2 sendiri, saya kaku. Tak pasti dengan keputusan sendiri. Apakah ayat yang paling sesuai agar bicara saya tidak menghiris hati. Sungguh saya menghadapi kesukaran untuk itu.
Buat adik tersayang, ang manja. Ingat tak sebelum ang masuk TATIUC, masa ang bergurau pasal girlfriend dengan kak na? Masa tu kak na kata x kisah pun siapa pun yang ang suka, yang penting dia tutup aurat dan seorang yang mudah terima nasihat orang. Biarlah dia bukan anak orang kaya pun, sebab kita hanya keluarga yang sederhana. Biarlah dia bukan seorang yang cemerlang, x belajar tinggi pun takpa sebab kita pun orang biasa2 je. Biarlah dia bukan seorang yang pakar bidang agama pun, sebab keluarga kita pun bukan alim ulama'. Dikala orang lain sibuk mengejar yang kaya, cantik, berketurunan mulia dan solehah, kak na x pernah meletakkan syarat2 tersebut.
Biar apapun, kakak nak adik2 bersedia untuk mendidik dia dengan penuh hikmah, benar2 bersedia untuk memikul amanah Allah dalam membina keluarga berlandaskan Islam. Namun selagi belum bersedia, jagalah batas pergaulan, peliharalah hati. Dekatkan diri dengan Allah kerana hanya dia yang memiliki segala perasaan. Seorang lelaki yang baik takkan pernah membenarkan hati wanita yang dicintainya dicemari dosa dan kemaksiatan. Mulakan hubungan dengan ikatan pernikahan, I-Allah hidupmu tenang dan bahagia... -It's ok if u want to get married before me as I really don't have time to look someone for me...
Latihan dan latihan..... :)
11 years ago
Salaam.. Ana.. semoga dipermudah segala urusan.. Bersabaq, berhikmah dalam setiap perkara,....
ReplyDelete-- K. masyie