Sunday, October 16, 2011

Tika Itu...

Usah menagih pada janji,
kerana janji itu mungkin belum pasti..

Usah leka dengan kasih dan sayang,
kerana kasih dan sayang itu kadang-kala mendustakan..
Usah berharap kepada manusia,

kerana manusia itu pasti mengecewakan..
Bergantunglah hanya kepada Yang Esa,
kerana Dialah sebaik-baik tempat bergantung...
It was the end of i-Inova. Unbelievable, I'm the participant, plus we won bronze. Much more better than NRIC 2011, walaupun prepare last2 minit. Thank to Prof Norita yang daftarkan kami. Agak mengejut kerana x prepare apa2 pun. Namun bilamana Allah dah takdirkan yang kami masuk, by hook or by crook kami participate juga. Pasti ada hikmah di sebalik segalanya.



Banyaknya kenangan, pengalaman dijadikan pengajaran. Adanya ujian, petanda Allah rindukan rintihan hambaNya. Saat diri diuji pasti kita akan bertanya 'KENAPA' dan 'MENGAPA'. Bak kata Pak Syeikh, itu tandanya kita tidak redha dengan apa yang sedang dihadapi. Seharusnya kita bersabar. Ya, bersabar dalam MENGHADAPI dan MENCARI PENYELESAIAN.

Yeap, that is the most important lesson that I've learn. It was that when I can't hold anymore, I asked to myself: 'Am I destined to be alone in this world?' Amazingly in a few second Allah send someone for me. Along these few days, he always be there when I'm in need. When I'm scared, suddenly he come to me. When my hand is full, he come and help me. When I've nowhere to go, he come and fetch me. When I feel sad, he calm me down. He talk to me softly like my father. Yeah, just like my father, and I miss my father so much during this time. I don't know how to say thank to him. He's just a driver- yeap, a bus driver. Fetch us everyday from nilam to campus and campus to nilam.



Kadang-kala, kita hanya berada di dunia sendiri, memikirkan hal sendiri. Jarang sekali kita menyedari insan2 'biasa' yang berada di sekeliling kita. Kadang-kala kita sering mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Tapi sebenarnya Allah dah sediakan sesuatu yang pasti di depan mata kita. Cumanya kita je yang buat2 x perasan. Sering kita harapkan orang menghargai kita. Namun, pernah tak kita belajar menyelami perasaan orang lain yang berada di sekeliling kita. Hargailah orang di sekeliling anda hatta seorang pemandu bas sekalipun. Percayalah, di saat anda sendirian dan memerlukan, Allah akan hadirkan orang2 yang tak pernah kita fikirkan selama ini...

Apapun, terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memberikan sokongan. Buat teman2 lama NRIC 2011, x sangka kita jumpa lagi di sini. Tahniah kepada semuanya. Buat rakan2, my juniors, terima kasih atas segalanya. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik kalian...

Saturday, October 1, 2011

Ubat gigi hilang

Assalamualaikum w.b.t

Macam lucu je bila ubat gigi hilang pun nak kena report pada mak. Memang lawak dan ayah orang paling kuat ketawa. Of course lawak sebab yang report tu anak lelaki kot. Sepanjang2 saya tinggal di asrama x pernah pula nak report benda2 macam tu kan. Mungkin sebab saya umpama singa sampai xda yang berani usik barang saya kan...

Actually saya terfikir juga kalau hal sekecil ubat gigi hilang pun nak cerita maksudnya kalau ada perkara2 yang besar pun surely dia akan bagi tahu. Ternyata teori saya tepat. Bila dia mula meminta mesej kata2 daripada saya, sangat menghairankan. Suddenly I feel that... he's now a growing up boy. Apa yang perlu saya buat?

Teringat kata2 mak, adik2 ni umpama layang2. Kita perlu berikan mereka peluang untuk terbang setinggi mungkin. Namun, pegangan tali jangan sekali-kali dibiarkan lepas. Sampai satu masa bila dirasakan mereka agak jauh, tarik tali itu kembali perlahan-lahan. Jangan dibiarkan mereka terlalu jauh kerana bimbang tersangkut pada pokok atau talinya putus dek angin kencang.



Ya, menghadapi adik yang sedang meniti usia remaja sangat sukar. Mungkin keadaan saya dahulu agak berbeza kerana sibuk dihambat jadual kuliah yang padat dan aktiviti2 kampus yang melambak. Seharusnya pada ketika itu saya hanya menerima apa yang ada tanpa pernah memikirkan soal hati dan perasaan. Adik perempuan saya pula tidak terlalu banyak kerenahnya. Mungkin kerana tidak panjang langkahnya dan tidak ramai kawannya. Yang ada pun semuanya perempuan. Kini, bila menghadapi adik lelaki pertama saya mula terfikir apakah itu perasaan. Mungkin kerana terbiasa hidup tanpa perasaan saya merasakan ia suatu istilah yang aneh.

Apa yang penting, sebagai seorang kakak menjadi tanggungjawab untuk saya membimbing adik2 saya. Mudahnya untuk saya memberikan ceramah dikhalayak umum, memberikan nasihat dan motivasi. Namun, bila melibatkan adik2 sendiri, saya kaku. Tak pasti dengan keputusan sendiri. Apakah ayat yang paling sesuai agar bicara saya tidak menghiris hati. Sungguh saya menghadapi kesukaran untuk itu.

Buat adik tersayang, ang manja. Ingat tak sebelum ang masuk TATIUC, masa ang bergurau pasal girlfriend dengan kak na? Masa tu kak na kata x kisah pun siapa pun yang ang suka, yang penting dia tutup aurat dan seorang yang mudah terima nasihat orang. Biarlah dia bukan anak orang kaya pun, sebab kita hanya keluarga yang sederhana. Biarlah dia bukan seorang yang cemerlang, x belajar tinggi pun takpa sebab kita pun orang biasa2 je. Biarlah dia bukan seorang yang pakar bidang agama pun, sebab keluarga kita pun bukan alim ulama'. Dikala orang lain sibuk mengejar yang kaya, cantik, berketurunan mulia dan solehah, kak na x pernah meletakkan syarat2 tersebut.

Biar apapun, kakak nak adik2 bersedia untuk mendidik dia dengan penuh hikmah, benar2 bersedia untuk memikul amanah Allah dalam membina keluarga berlandaskan Islam. Namun selagi belum bersedia, jagalah batas pergaulan, peliharalah hati. Dekatkan diri dengan Allah kerana hanya dia yang memiliki segala perasaan. Seorang lelaki yang baik takkan pernah membenarkan hati wanita yang dicintainya dicemari dosa dan kemaksiatan. Mulakan hubungan dengan ikatan pernikahan, I-Allah hidupmu tenang dan bahagia... -It's ok if u want to get married before me as I really don't have time to look someone for me...