Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Soalan Maut

Assalamualaikum w.b.t

Bila al mula bertanya, "Kenapa belum nak kahwin? Kenapa mesti tolak bila ada yang datang?". Ok, fenomena biasa bila usia dah bertambah. Pasti ada soalan2 maut macam ni. Jawapannya mudah saja. Cukup saya kata saya belum bersedia untuk dikecewakan maka saya belum bersedia untuk mencintai.

Memang ramai kawan2 susia yang dah berumahtangga, tahniah buat mereka. Saya masih ingin menikmati saat manisnya menuntut ilmu tanpa gangguan komitmen2 lain. Setiap orang punya kemampuan masing2 dan matlamat juga pasti berbeza. Setiap kita juga berada dalam posisi yang berbeza maka bertindaklah sesuai dengan posisi masing2. Apa yang penting hidup bersyariat, sentiasa berusaha mencapai redha Allah, bukan redha manusia..


Wednesday, August 17, 2011

Driving..

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama bercuti, teringat pada teman2 sekuliah yang comel2 dan riang selalu. Juga manusia2 yang x berapa nak glamour kat kampus (just kidding). If any of u read this post, I just wanna tell ya that I'm driving. Especially to Syira: u shall try driving too...(it is a must)


gambar sekadar hiasan

Memanglah sangat2 takut nak drive setelah 3 tahun lamanya x sentuh stereng. Bawa gear 1 je. Nak masuk jalan besar baru berani masuk gear 2. Tiba2 teringat pesan seorang rakan, "u should try driving. Be confident- that's really important,". Yeah, thats it! Be CONFIDENT. Walaupun kereta mak x secantik JGX----, tapi enjin dia boleh buat racing kot. Terbayang2 berada di litar sepang (berangan). Actually driving is fun- really fun. I can't stop until suddenly mom said: "sudah2, jom balik,". Ok.

Tuesday, July 19, 2011

My Day

Happy bsday...moga panjang umo n muroh rzki..:-)

D kesempatan ni sy nak ucap slmt hari lahir...smoga dberikan nikmat kesihatan & d'mudahkan sgala urusan, n smoga fokus dlm pmbelajaran..

Selamat hari lahir~ smoga d hatimu b'takhta nama-Nya selalu~

Slmt hari lahir. Moga ptambhn usia dan kematangan mbawa diri makin memahami dan myakini tujuan kehidupan ddunia ni. Moga dberkati.

Selamat hari BESAQ...

Ok2, enough for 5 earliest message. Takkan nak penuhkan post ni dengan ucapan je. Macam x sangka dah berusia rupanya. Tidak dilupakan kepada classmate, kaka, Selamat Hari Lahir juga buatmu...



Bertahun2 sambut hari lahir dengan kawan2, tahun ni kat rumah jadi janggal pulak. Kalau 10-15 tahun dulu sibuk nak buat birthday party. Hampir setiap kali ada party kat rumah kawan2 sure mak bawak pergi kedai. Perkara terpenting masa party ialah gaun siapa paling cantik, kasut siapa paling comel. Siapa mau kalah...

Tapi itu dululah. Sekarang mana ada masa nak fikir semua tu. Usia semakin bertambah, petanda kehidupan semakin singkat. Setiap detik nadi masih ada dosa yang tersisa. Perjuangan masih jauh, cita belum digapai. Mampukah untuk kuhadapi setiap cabaran mendatang...Yang pasti hanya Allah yang lebih mengerti rahsia setiap hidupan...

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid: 16)

Tuesday, July 5, 2011

Sabar...

"Tolong tengokkan komputer mak kat ofis boleh?"
"Ok, no prob"

Apalah masalah komputer ni, baru beli kot. Internet punyalah slow padahal pakai streamyx. Nak buat payment punyalah susah, macam mana nak run bisnes ni. Dahlah homepage asyik keluar wall facebook company tempat kitaorang beli komputer ni. Tak boleh tukar pulak tu ntah macam mana diaorang setting. Susah2 sangat hantar je kedai tu balik.



Dengan hati yang membara melangkah masuk ke kedai tu. Nasib baik betullah diaorang ni. Yang jaga kaunter tu perempuan, kalau lelaki memang dah kena semburlah.

Lepas diaorang baiki je..."Terima kasih dik, nanti pesan kat bos jangan buat macam ni lagi. Kita nak tolong orang melayu so jangan susahkan customer." Nasib baik mak ada. Kalau saya yang cakap dengan technician tu sah2 dia tension.

One positive thing that I've learn at home is be patience. Of course kat rumah kena jadi anak yang paling sopan.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusuk." (Al-Baqarah: 45)

~Kesabaran tu sebahagian daripada iman~

Sunday, June 26, 2011

Easy Wizy >> NRIC USM 2011

Assalamualaikum w.b.t,
buat teman2 semua yg t'nanti2 post saya tentang NRIC (especially my team members), maaf sbb t'lambat post. Gambar2 yang ada semua di snap guna DSLR, jadi saya terpaksa kecilkan saiz bagi memudahkan kerja2 p'uploadan...

OFF to Penang...



At USM...here we are




Our Booth...






CoRIC Presentation...




Finally...1 bronze, 5 silver,





Back to Nilai...


have breakfast



Singgah kat Jeruk Pak Ali. Maaf semua saya x beli apa2 pun sbb makanan ni x b'khasiat.


Sweet Posters

Assalamualaikum w.b.t,
To aqis, yam, tiqa n kak auni...
Ni poster2 yg ana bwk gi NRIC hari tu.
Maaf lmbat post, just xnak tayang sblm competition takut basi...








~Terima kasih kepada semua yang terlibat~

Tuesday, December 14, 2010

BTN: Percutian Penuh Makna

Hari Pertama

Assalamualaikum w.b.t, salam hormat dan salam 1 Malaysia buat anda kesemuanya...
Pada hari ini kita akan mendengar ceramah kedua yang bertajuk 'Gagasan 1Malaysia'. Dijemput penceramah undangan untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

*********
Hari Terakhir

"Lepas program ni jumpa saya," kata KF.
"Ada apa tuan nak jumpa saya?"
"Saya berminat dengan awak."
"Maksud tuan?"
"Saya tawarkan awak untuk jadi fasilitator."
"Tapi banyak yang saya tak tahu."
"Kami akan latih. Tak perlu berikan jawapan sekarang. Balik nanti fikir dulu, bila2 rasa berminat just call me."
"Baik, terima kasih tuan."

Ya Allah...Beratnya tanggungjawab ni. Mampukah untukku laksanakan sepenuh hati. Bukan mudah untuk mendidik masyarakat. Apatah lagi nak sampaikan kebenaran, kebenaran mengikut pandangan Islam, bukan menurut nafsu dan kehendak manusia semata-mata. Hakikatnya, kebenaran itu pahit. Masih berkira2 untuk terima atau tidak. Peluang yang datang hanya sekali. Namun memikirkan komitmen sedia ada, dengan tugas2 di fakulti dan kolej kediaman, saya perlu berfikir secara rasional.

Apa yang penting, biarlah saya buat keputusan atas redha ibu bapa, agar setiap langkah lebih bermakna. Percaturan Allah tak siapa tahu. Biarlah Dia takdirkan yang terbaik, dan saya redha akan setiap ketentuanNya. Kerana saya yakin Dia takkan pernah tinggalkan saya sendirian dan saya yakin sesungguhnya takdirNya itu bukan sia2.

"If you were to rely on Allah as He should be relied on, He would provide for you as He provides for the birds. They go out in the morning hungry and return in the evening full."
(At-Tirmidhi)

Thursday, May 13, 2010

Kongres Integriti Pimpinan Mahasiswa 2010

Hari/Tarikh : Selasa, 11 Mei 2010

Masa : 2.15 petang

Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya


PROGRAM

7.45 pg - 830 pg Ketibaan dan pendaftaran para peserta Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa

8.45 pg Taklimat Kongres oleh Urus Setia

9.00 pg – 9.50 pg Sidang Plenari – Ceramah Khas “Memperkasa Integriti Mahasiswa – Isu dan Cabaran”- Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia)

10.00 pg – 11.00 pg Sidang Plenari Tema: “Integriti Pemimpin Mahasiswa: Merealisasi Harapan 1Malaysia Berintegriti”
- Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki Dato’ Hj. Dasuki Ketua Pengurusan Penyelidikan ISRA)Tajuk : Budaya Kecemerlangan Dalam Kalangan Mahasiswa
- Y. Brs Dr. Sarjit Singh Felow Utama Institut Penyelidikan Belia Negara (UPM)Tajuk : 1 Mahasiswa Berintegriti : Cabaran & Halatuju
- Y. Brs Dr. Abu Bakar Sarpon Timbalan Presiden IIM Moderator

11.15 pagi – 12.10 t/hari Bengkel Integriti - Empat Kumpulan Bengkel dijalankan serentak

12.30 t/hari – 1.10 tgh Pembentangan Resolusi Bengkel

1.10 ptg – 2.15 ptg Makan tengah hari dan solat Zohor

Majlis Bersama Y.B. Menteri Pengajian

2.15 ptg Ketibaan tetamu jemputan

2.20 ptg Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi IIM

2.30ptg Ketibaan Y.B. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

2.35ptg Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi IIM
Pembentangan Resolusi Kongres oleh wakil peserta
Ucap Utama oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Pelancaran Rakan Integriti Mahasiswa (RIM)
Ikrar Integriti Malaysia

4.00 ptg Sidang Media Bersama YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Monday, March 8, 2010

Pasukan ke suku akhir Debat NC

Hari ni result persidangan terakhir diumumkan. Agak bimbang juga kalau-kalau tak dapat masuk suku. Walaupun dalam fikiran ni cuma ada pasal debat je tapi Alhamdulillah test Microeconomi pagi tadi dapat jawab. Syukur Allah mudahkan segalanya.

Akhirnya result pun keluar. Agak hampa sebab kalah dengan margin 1. Sengit juga rupa-rupanya lawan dengan kakak-kakak senior ni. Maklumlah kami budak baru belajar, tahun satu semua. Apapun, tahniah buat Kak Syuhada, pendebat terbaik pihak kerajaan.

Sebenarnya ada kisah menarik pasal Kak Syuhada ni. Seorang mahasiswi yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, Ainul Mardiyah. Sememangnya Kak Syuhada berjaya membawa imej Islam dengan sangat berkesan dan juga berjaya membuktikan bahawa perkahwinan bukanlah penghalang kepada perjuangan. Sangat aktif di kampus terutamanya dalam lapangan perdebatan. Tidak pernah menjadikan anak dan keluarga sebagai alasan malah lebih bersemangat daripada mahasiswa dan mahasiswi lain yang masih bujang. Apa yang penting, sokongan dan galakan berterusan daripada suaminya menjadikan Kak Syuhada lebih berpotensi untuk berjaya. Semoga lebih cemerlang, Insya Allah.

Keputusannya, pencapaian keseluruhan team FST A :3 menang 2 kalah dengan kutipan mata sebanyak 20 mata sehingga hari ini. Ringkasnya, team kami berjaya ke semi final 13hb ni. Buat team FST B, Ubaid, Firdaus, Pak Lah dan Tajul, jangan kecewa walaupun tak dapat masuk suku. Insya Allah semoga amalan kalian dihitung sebagai kebaikan disisi Allah. Irham, Zaim, Amirul dan saya akan meneruskan perjuangan di arena perdebatan ni. Doakan yang terbaik untuk kami.

Dan akhirnya, tahniah buat Irham yang berjaya mengekalkan kedudukan pendebat terbaik dalam rangking keseluruhan pedebat sehingga hari ini. Semoga sentiasa dalam kesyukuran kepada Ilahi, Pemberi Anugerah yang tak terhingga. Kita akan teruskan sampai final Insya Allah.

Sunday, March 7, 2010

Hari Kedua Debat NC

بسم الله الرحمان الرحيم
Terima kasih yang dipertua dewan, barisan kabinet kerajaan, legasi pembangkang dan seterusnya Dato’-dato’, Datin-datin sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum, selamat bersidang dan salam 1 Malaysia saya hulurkan kepada kesemuanya…

Pada hari ini kami selaku barisan pemuda PAS di kabinet kerajaan akan berdebat secara bersemuka dengan pihak pembangkang yang diwakili oleh Persatuan Ubat Gigi Malaysia di bawah usul “Sistem Pendidikan Negara Menyemai Semangat Perpaduan Kaum”.



Wah syok betul 3 jejaka kita bersidang. Zaim selaku Perdana Menteri, Irham Timbalan Perdana Menteri dan seperti biasa, Amirul Menteri Pertahanan. Warna tema kami hari ni hijau, tenang je masuk bersidang. Lawan Fakulti Pergigian (FPg), sebab tu di beri nama ubat gigi. Keputusan juri, usul diterima dengan mata 7 bermakna kemenangan di pihak kami. Team FST B juga meraih kemenangan dengan mata sengit iaitu 1.

Pusingan kedua, kami dapat pembangkang di bawah usul “Misi ke Angkasa Lepas Wajar Diteruskan”. Jumpa kakak-kakak Fakulti Syariah (FSU B). Agak cuak sebab turn saya masuk bersidang. Irham Ketua Pembangkang, saya Timbalan Ketua Pembangkang dan jawatan kekal Amirul Pembidas. Alhamdulillah semua hujah berjaya disampaikan dengan baik. Namun, keputusan juri hanya akan diumumkan esok. Terima kasih semua atas bantuan secara langsung atau tidak langsung. Mata terkumpul setakat ini FST A:21 manakala FST B: 4.

Keputusan esok akan menentukan pasukan yang bakal berentap dalam suku n semi final. Harap-harap keputusan yang terbaik akan kami terima, Insya Allah.

Saturday, March 6, 2010

Hari Pertama Debat NC

بسم الله الرحمان الرحيم
Terima kasih yang dipertua dewan, barisan kabinet kerajaan, legasi pembangkang dan seterusnya Dato’-dato’, Datin-datin sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum, selamat bersidang dan salam 1 Malaysia saya hulurkan kepada kesemuanya…


Bertemakan warna merah sebagai lambang keberanian, kami tampil dengan membawa nama fakulti. 2 team kami pertaruhkan iaitu FST A dan FST B. Ternyata, perjuangan kami tidak sia-sia. Dengan kutipan mata sebanyak 13 mata setakat hari ini kami sangat berpuas hati dan gembira. Namun, buat team FST B, kekalahan anda tidak bermakna gagal selamanya. Insya Allah masih ada peluang esok. Masih ada 2 game yang bakal menentukan team-team yang bakal berentap di suku akhir. Buat zaim, irham dan mirul, korang memang mantap dan melatup! Ubaid, firdaus, pak lah dan tajul, korang masih ada peluang. Tunjukkan kehebatan anda.
FIGHT FOR FST, FIGHT FOR ISLAM…