Tuesday, December 14, 2010

BTN: Percutian Penuh Makna

Hari Pertama

Assalamualaikum w.b.t, salam hormat dan salam 1 Malaysia buat anda kesemuanya...
Pada hari ini kita akan mendengar ceramah kedua yang bertajuk 'Gagasan 1Malaysia'. Dijemput penceramah undangan untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

*********
Hari Terakhir

"Lepas program ni jumpa saya," kata KF.
"Ada apa tuan nak jumpa saya?"
"Saya berminat dengan awak."
"Maksud tuan?"
"Saya tawarkan awak untuk jadi fasilitator."
"Tapi banyak yang saya tak tahu."
"Kami akan latih. Tak perlu berikan jawapan sekarang. Balik nanti fikir dulu, bila2 rasa berminat just call me."
"Baik, terima kasih tuan."

Ya Allah...Beratnya tanggungjawab ni. Mampukah untukku laksanakan sepenuh hati. Bukan mudah untuk mendidik masyarakat. Apatah lagi nak sampaikan kebenaran, kebenaran mengikut pandangan Islam, bukan menurut nafsu dan kehendak manusia semata-mata. Hakikatnya, kebenaran itu pahit. Masih berkira2 untuk terima atau tidak. Peluang yang datang hanya sekali. Namun memikirkan komitmen sedia ada, dengan tugas2 di fakulti dan kolej kediaman, saya perlu berfikir secara rasional.

Apa yang penting, biarlah saya buat keputusan atas redha ibu bapa, agar setiap langkah lebih bermakna. Percaturan Allah tak siapa tahu. Biarlah Dia takdirkan yang terbaik, dan saya redha akan setiap ketentuanNya. Kerana saya yakin Dia takkan pernah tinggalkan saya sendirian dan saya yakin sesungguhnya takdirNya itu bukan sia2.

"If you were to rely on Allah as He should be relied on, He would provide for you as He provides for the birds. They go out in the morning hungry and return in the evening full."
(At-Tirmidhi)

2 comments: