Hari ni result persidangan terakhir diumumkan. Agak bimbang juga kalau-kalau tak dapat masuk suku. Walaupun dalam fikiran ni cuma ada pasal debat je tapi Alhamdulillah test Microeconomi pagi tadi dapat jawab. Syukur Allah mudahkan segalanya.
Akhirnya result pun keluar. Agak hampa sebab kalah dengan margin 1. Sengit juga rupa-rupanya lawan dengan kakak-kakak senior ni. Maklumlah kami budak baru belajar, tahun satu semua. Apapun, tahniah buat Kak Syuhada, pendebat terbaik pihak kerajaan.
Sebenarnya ada kisah menarik pasal Kak Syuhada ni. Seorang mahasiswi yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, Ainul Mardiyah. Sememangnya Kak Syuhada berjaya membawa imej Islam dengan sangat berkesan dan juga berjaya membuktikan bahawa perkahwinan bukanlah penghalang kepada perjuangan. Sangat aktif di kampus terutamanya dalam lapangan perdebatan. Tidak pernah menjadikan anak dan keluarga sebagai alasan malah lebih bersemangat daripada mahasiswa dan mahasiswi lain yang masih bujang. Apa yang penting, sokongan dan galakan berterusan daripada suaminya menjadikan Kak Syuhada lebih berpotensi untuk berjaya. Semoga lebih cemerlang, Insya Allah.
Keputusannya, pencapaian keseluruhan team FST A :3 menang 2 kalah dengan kutipan mata sebanyak 20 mata sehingga hari ini. Ringkasnya, team kami berjaya ke semi final 13hb ni. Buat team FST B, Ubaid, Firdaus, Pak Lah dan Tajul, jangan kecewa walaupun tak dapat masuk suku. Insya Allah semoga amalan kalian dihitung sebagai kebaikan disisi Allah. Irham, Zaim, Amirul dan saya akan meneruskan perjuangan di arena perdebatan ni. Doakan yang terbaik untuk kami.
Dan akhirnya, tahniah buat Irham yang berjaya mengekalkan kedudukan pendebat terbaik dalam rangking keseluruhan pedebat sehingga hari ini. Semoga sentiasa dalam kesyukuran kepada Ilahi, Pemberi Anugerah yang tak terhingga. Kita akan teruskan sampai final Insya Allah.
Latihan dan latihan..... :)
11 years ago
No comments:
Post a Comment