Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara lain iaitu kubur dan akhirat.
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian pencipta kita.
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi hanyalah kain kapas putih.
Di mana pewanginya bukan Channel atau PPaco Rabane, tetapi air mawar dan cendana.
Di mana passport kita bukan Malaysia, British, atau America, tetapi Al-Islam.
Di mana visa kita bukan pramugari jelita tetapi malaikat Izrail dan lain-lain.
Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana destinasi mendarat bukan KLIA, Hearthrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
Di mana ruang menunggu bukan lagi bilik air cond dan red carpet, tetapi bilik enam kaki yang gelap gelita.
Di mana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah munkar dan nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada syurga atau neraka
Tak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir sama ada syurga yang mengalir di bawahnya atau neraka jahanam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya, ianya percuma jadi simpanan(saving) anda tidak akan habis!
Penerbangan ini tidak akan dirampas oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan.
Jangan risaukan delay. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan difikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka ria.
Jangan bimbang tentang tempahan… ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita baik!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!!
No comments:
Post a Comment