Seringkali masyarakat menganggap wanita itu lemah, golongan yang mudah untuk ditindas dan sewenangnya diambil kesempatan. Namun, sedarkah anda bahawa wanita itu cukup berkuasa dan mampu menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka??
1) Bapanya
Seorang bapa merupakan wali dan bertanggungjawab ke atas anak perempuannya. Bukan hanya sekadar memberikan kemewahan dunia namun perlu dilihat juga aspek pembentukan rohani dan peribadi. Seorang bapa yang tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji, membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat maka bapa tersebut sebenarnya tidak mempedulikan masa depan anaknya di akhirat kelak.
2) Suami
Seorang suami yang tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya, membiarkan isteri bergaul bebas di tempat kerja, bertabarruj bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki ajnabi. Meskipun sang suami seorang alim dan taat beribadah namun apabila hanya berdiam diri maka bersedialah untuk bersama-sama isteri di dalam neraka.
3) Abang
Seorang wanita yang ketiadaan bapa maka abangnya layak menjadi wali dan bertanggungjawab ke atas dirinya. Seorang abang yang hanya mementingkan keluarganya dan membiarkan adik perempuannya melakukan larangan agama maka bersedialah untuk ditarik oleh adiknya ke dalam neraka.
4) Anak lelaki
Setiap anak lelaki bertanggungjawab terhadap ibu mereka. Maka tatkala si ibu melakukan perkara2 tegahan agama seperti mengumpat, menceritakan keburukan orang, si anak haruslah menasihati ibunya dengan lemah-lembut dan berhikmah. Seorang anak yang hanya membiarkan perlakuan ibunya tanpa berusaha menegur akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Maka dapat kita lihat betapa kuatnya tarikan seorang wanita, bukan hanya menjadi punca fitnah di dunia malahan di akhirat tarikannya begitu kuat hingga mampu membawa bapa, suami, abang dan anaknya bersama2 ke neraka.
"Wahai orang2 yang beriman! peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakar nya adalah manusia dan batu; penjaga2nya malaikat2 yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (al-Tahrim: 6)
Buat kaum adam, bersedialah untuk bertanggungjawab terhadap amanah Allah. Sungguh tanggungjawab kalian terlalu berat jika dihitung tetapi malangnya bagi mereka yang belum menyedarinya. Buat para wanita, peliharalah diri anda. Memang tidak dinafikan kubur kita lain2 namun ingatlah adanya golongan yang bertanggungjawab terhadap anda. Jika benar ingin berbakti kepada bapa, cinta pada suami, sayangkan abang dan kasih pada anak, jangan pernah biarkan mereka ditarik bersama2 anda ke dalam neraka.
"Laki2 itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki2) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (laki2) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan2 yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah menjaga mereka..." (an-Nisa: 34)