Saturday, February 25, 2012

Fenomena Qasidah

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni kat KKNC adik2 sibuk berqasidah. Apa program pun mesti nak tutup dengan qasidah (program anjuran BPI jelah). Mula2 adik2 muslimin, seminggu sekali wajib ada bunyi gema kompang lepas isyak. Sekarang ni dah berjangkit pada adik2 muslimat pula. X mau kalah, biarpun xda kompang, dibantainya apa2 kotak yang boleh diketuk.

Hujung minggu, lepas solat maghrib je, masing2 dah siap sedia. Berebut2 nak buat group tadarus, bacanya semuka sorang je sebab nak cepat. Lepas tu bergaduh2 pula nak buat tazkirah dulu ke nak qasidah dulu- takut x cukup masa. Tapi mestilah tazkirah dulu kan. Biasanya buat tazkirah berantai, lepas sorang, sorang bagi tazkirah. Sekarang ni dah tukar sistem, cukup sorang bagi tazkirah 2 minit maka dengan bergayanya Apai akan lead qasidah. Macam2 lah adik2 ni. Biasanya saya xkan halang, biarkan diaorang buat apa yang disukai. Lagipun bukan buat perkara salah kan.

Bila kawan2 tanya kenapa saya masih di sini, di kolej ni yang paling jauh dari kampus, jauh dengan classmate, saya hanya akan tersenyum. Hati saya kuat mengatakan kasih dan sayang saya tersemai di sini. Pada adik2 tamhidi, dan pada hidupnya biah solehah di sini. Banyaknya kedamaian yang saya perolehi (disamping kedudukan rumah menghadap tasik). Berada paling jauh sangat banyak cabarannya. Namun, demi meraih kedamaian di sini, saya sanggup bersabar.

Monday, February 20, 2012

Soalan Maut

Assalamualaikum w.b.t

Bila al mula bertanya, "Kenapa belum nak kahwin? Kenapa mesti tolak bila ada yang datang?". Ok, fenomena biasa bila usia dah bertambah. Pasti ada soalan2 maut macam ni. Jawapannya mudah saja. Cukup saya kata saya belum bersedia untuk dikecewakan maka saya belum bersedia untuk mencintai.

Memang ramai kawan2 susia yang dah berumahtangga, tahniah buat mereka. Saya masih ingin menikmati saat manisnya menuntut ilmu tanpa gangguan komitmen2 lain. Setiap orang punya kemampuan masing2 dan matlamat juga pasti berbeza. Setiap kita juga berada dalam posisi yang berbeza maka bertindaklah sesuai dengan posisi masing2. Apa yang penting hidup bersyariat, sentiasa berusaha mencapai redha Allah, bukan redha manusia..


Friday, January 20, 2012

Buat Sang Pemimpin

Assalamualaikum w.b.t

Buat adik2ku sang pemimpin, walau di mana jua posisi anda berada- pengawas sekolah mahupun MPP. Jawatan yang diperolehi itu semoga bukanlah mainan semata tetapi bakal dipersoalkan di akhirat kelak. Tugas memimpin bukan hanya sebagai pengawas di sekolah, bukan juga gah sekadar MPP di fakulti. Tetapi tugas sebagai pemimpin tiada cuti selagi kita ditaklifkan sebagai hamba Allah, khalifah di muka bumi ini.

Buat adik2ku yang sedang dibebani jawatan dunia,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya.” (Al-Baqarah:286)

Namun ingatlah, jawatan itu amanah, dan setiap amanah itu pasti diuji. Jangan sekali-kali putus asa dari rahmat Allah. Andai benar niat untuk mencari redha Allah maka pasti ada ganjarannya. Namun andai hidup hanya mengejar populariti, mendamba redha manusia, sia2lah amalanmu..

Sunday, December 11, 2011

Daya Tarikan Seorang Wanita

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali masyarakat menganggap wanita itu lemah, golongan yang mudah untuk ditindas dan sewenangnya diambil kesempatan. Namun, sedarkah anda bahawa wanita itu cukup berkuasa dan mampu menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka??

1) Bapanya
Seorang bapa merupakan wali dan bertanggungjawab ke atas anak perempuannya. Bukan hanya sekadar memberikan kemewahan dunia namun perlu dilihat juga aspek pembentukan rohani dan peribadi. Seorang bapa yang tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji, membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat maka bapa tersebut sebenarnya tidak mempedulikan masa depan anaknya di akhirat kelak.

2) Suami
Seorang suami yang tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya, membiarkan isteri bergaul bebas di tempat kerja, bertabarruj bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki ajnabi. Meskipun sang suami seorang alim dan taat beribadah namun apabila hanya berdiam diri maka bersedialah untuk bersama-sama isteri di dalam neraka.

3) Abang
Seorang wanita yang ketiadaan bapa maka abangnya layak menjadi wali dan bertanggungjawab ke atas dirinya. Seorang abang yang hanya mementingkan keluarganya dan membiarkan adik perempuannya melakukan larangan agama maka bersedialah untuk ditarik oleh adiknya ke dalam neraka.

4) Anak lelaki
Setiap anak lelaki bertanggungjawab terhadap ibu mereka. Maka tatkala si ibu melakukan perkara2 tegahan agama seperti mengumpat, menceritakan keburukan orang, si anak haruslah menasihati ibunya dengan lemah-lembut dan berhikmah. Seorang anak yang hanya membiarkan perlakuan ibunya tanpa berusaha menegur akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.



Maka dapat kita lihat betapa kuatnya tarikan seorang wanita, bukan hanya menjadi punca fitnah di dunia malahan di akhirat tarikannya begitu kuat hingga mampu membawa bapa, suami, abang dan anaknya bersama2 ke neraka.

"Wahai orang2 yang beriman! peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakar nya adalah manusia dan batu; penjaga2nya malaikat2 yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (al-Tahrim: 6)

Buat kaum adam, bersedialah untuk bertanggungjawab terhadap amanah Allah. Sungguh tanggungjawab kalian terlalu berat jika dihitung tetapi malangnya bagi mereka yang belum menyedarinya. Buat para wanita, peliharalah diri anda. Memang tidak dinafikan kubur kita lain2 namun ingatlah adanya golongan yang bertanggungjawab terhadap anda. Jika benar ingin berbakti kepada bapa, cinta pada suami, sayangkan abang dan kasih pada anak, jangan pernah biarkan mereka ditarik bersama2 anda ke dalam neraka.

"Laki2 itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki2) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (laki2) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan2 yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah menjaga mereka..." (an-Nisa: 34)