Sunday, January 30, 2011

Bersederhanalah

"Kita nak pindah. Kita nak minta maaf dengan semua...kot2 lepas ni dah tak jumpa korang lagi."
"Tapi kenapa??"
"Kita dah tak nak duk sini...suasana dah lain, x sama macam dulu..."

Terkedu saya mendengar luahan hati seorang teman, kerana putus cinta segalanya gelap, hanya kerana seorang lelaki...

"Jangan kerana dia kau hilang arah, sebab dia adalah orang yang paling tak layak musnahkan hidup kau! Dia tak layak!!"

Saya hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Apakah ini cagaran bagi sebuah perhubungan? Ya, tak salah untuk bersedih tapi berpijaklah di bumi yang nyata. Hadapi realiti dengan penuh ikhlas agar hati sentiasa redha dengan segala ketentuanNya.

Cinta manusia tak kemana. Saat membenarkan diri untuk dicintai, bersedialah untuk hati dilukai. Itulah fenomena alam. Analoginya cukup mudah. Bayangkan anda memiliki sebuah telefon bimbit berjenama dan mahal harganya, pasti akan dijaga dengan penuh teliti dan berhati-hati. Namun sampai suatu masa, telefon tersebut akan rosak, mungkin hilang tercicir atau diambil orang. Begitulah juga dengan orang yang kita sayangi, ibu, bapa, adik-beradik, pasti akan meninggalkan kita.

Dunia hanya pinjaman. Begitu jugalah dengan cinta dan kasih sayang segalanya milik Allah. Andai sampai suatu ketika Allah mengalihkan cinta itu, redhalah dan kembalikan segalanya hanya kepadaNya. Bersederhanalah dalam menyayangi dan berhati-hatilah sebelum mencintai...


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik." (Ali Imran:14)

1 comment:

  1. assalamualaikum :)
    salam ziarah.

    hmm. kesian sahabat tu.
    dalam islam juga tidak mengunjurkan budaya couple sebab bukan itu yg menjamin jodoh seseorang bukan?

    kenangan jadi pengalaman dan panduan pada masa hadapan. :) InsyaAllah

    semoga dia tabah hadapi segala ujianNya.

    ReplyDelete