Tuesday, August 23, 2011

Item 'TIDAK BERGUNA'

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini saya ingin tujukan khas kepada Kak Yaya dan Abg TG yang bakal menimang cahaya mata September ini InsyaAllah. Juga buat rakan2 yang sudi mengambil manfaat.



Ibu bapa bijak, anak mewah. Honestly speaking saya belum baca lagi buku ni tapi sempatlah intai2 masa mak tengah baca. Dikarang oleh Zaid Mohamad bermentorkan Azizi Ali. Saya telah dilatih untuk mencatat setiap perbelanjaan harian sejak dibangku sekolah lagi tapi hingga ke hari ini saya belum berjaya menjadi seorang jutawan. Setelah meneliti secara kasar beberapa halaman, saya menyedari bahawa saya telah menggunakan teknik yang salah dalam pengurusan perbelanjaan saya. Ya, ia adalah kesilapan yang besar. Saya merekodkan segala perbelanjaan tanpa menetapkan kelas setiap item. Sebagai contoh:

setiap hari saya akan catatkan;

12 hb Julai
Jam tangan- RM60.00
Makan t/hari- RM3.00
Kasut sukan- RM15.00

sepatutnya saya perlu kelaskan begini;

12 hb Julai
Jam tangan- RM60.00 [TB]
Makan t/hari- RM3.00 [KP]
Kasut sukan- RM15.00 [KP]

*TB: Tidak Berguna
*KP: Keperluan Penting

Ulasan: Makan t/hari dan kasut sukan adalah keperluan dan berbaloi dengan harga yang telah saya bayar. Namun, jam tangan berharga RM60 adalah TIDAK BERGUNA! Meskipun ia suatu keperluan namun saya masih boleh melihat masa dengan jam berharga serendah RM15.00!


Ya, penanda yang akan menyedarkan saya setiap kali keluar membeli-belah adalah 'TIDAK BERGUNA'. Saya telah mempraktikkannya bersama-sama emak saya dan ternyata ianya sangat berkesan. Setiap kali kami masuk ke kedai dan teruja melihat barangan2, kami akan berbincang terlebih dahulu kelas barangan tersebut. Keputusannya, kami telah menyebut perkataan 'TIDAK BERGUNA' kepada kebanyakan barang dan kami pulang dengan hati yang gembira. Maka kami telah berjaya merekodkan belian barangan keperluan dan tiada satu pun barangan 'TIDAK BERGUNA' yang kami beli.

Ingin juga saya kongsi formula mengenai bagaimana hendak mencipta 'Senarai Kehidupan'.

Tetapkan:

~ Objektif
~ Cita2
~ Strategi
~ Pengukuran


Ketika membuat keputusan untuk keluar membeli barangan keperluan, secara kasarnya keperluan itu diputuskan mengikut penggunaannya di rumah. Tetapi kebiasaan yang berlaku adalah kita sering membawa pulang barang2 yang bukan keperluan. Oleh itu, pastikan anda menyenaraikan segala keperluan sebelum keluar. Pastikan juga yang anda hanya akan membeli barangan yang ada dalam senarai sahaja meskipun anda merasakan barang yang anda lihat berguna untuk anda. Masukkan sahaja item tersebut kedalam senarai barangan esok hari!

Begitu juga dengan perkara2 penting dalam hidup anda. Seperti 'peta jalan' untuk mencapai cita2 kewangan yang stabil untuk keluarga anda. Seandainya anda tidak menetapkan 'peta jalan tersebut tidak mengapa. Namun, bagaimanakah anda tahu di mana anda berada dan ke mana hendak tuju?? Tanpa tetapan itu, anda mungkin bakal merosakkan 'perjalanan' anda. Anda juga akan menyedari KEPERLUAN dan KEHENDAK yang selalu menjerat wang anda.

Ingin tahu lebih lanjut? Belilah buku ini...

Monday, August 22, 2011

'Trendy Muslimah' atau Menjadi Solehah?



"Wahai nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu." Dan Allah Maha Pengampun, Maha Menyayangi." (Al-Ahzab: 59)

Sukarnya untuk menilai batas aurat seorang wanita hari ini. Terlalu banyak inovasi baru yang mempamerkan fesyen2 'trendy muslimah'. Semakin lama semakin menjadi-jadi. Designer2 terkemuka berlumba2 dengan rekaan2 terbaru yang menjelikkan. Alangkah dangkalnya pemikiran umat hari ini. Sedangkan Islam telah meletakkan aurat dalam rangka yang cukup mudah. Namun apa yang terjadi hari ini fesyen itu di'Islamik'kan agar adanya ciri2 'Islam' maka terus diangkat darjatnya sebagai pakaian muslimah. Pemakaian turban misalnya, adakah hanya rambut itu aurat? Bagaimana pula dengan leher dan bahagian dada anda yang terdedah? Ditambah pula dengan aksesori tambahan seperti anting2 yang panjangnya mencecah bahu. Maka apakah bezanya wanita muslimah dengan wanita afrika?

Sungguh umat hari ini ternyata keliru dengan identiti sendiri. Ya x salah untuk berfesyen. Selagi mana anda tidak melanggar batasan yang telah syariat tetapkan maka dengan segala hormatnya dipersilakan. Tugas manusia sebagai hamba adalah memenuhi tuntutan syariat, bukan menyuruh syariat itu mengikut kehendak dan hawa nafsu manusia. Semudahnya begini, seandainya anda merasakan selesa untuk bersolat dalam pakaian yang anda pakai ternyata ia cukup menutupi aurat I-Allah.

Hati saya terhiris tatkala ada artis mengatakan "Saya memakai turban kerana ingin menutup aurat". Ya Allah. Saudari, aurat itu perlu saudari perhalusi kembali. Jangan mudah terpedaya dengan pengaruh2 yang yang tidak akan pernah berhenti menyesatkan pemikiran umat Islam. Bukanlah saya menyalahkan turban itu tetapi cara menggayakannya memang tidak menutupi aurat secara keseluruhannya. Adakah anda rela hanya rambut yang berjaya anda tutup itu bebas dari sambaran api neraka maka anggota lain dibakar? Andai anda rela untuk itu maka silakan. Tutuplah hanya rambut anda dan benarkanlah anggota lain terdedah menjadi tontonan kaum2 yang tidak halal bagi anda.

Trend pakaian 'syurga neraka' juga tidak kurang hebatnya. Memakai tudung, cukup cantik dan sempurna dipandang. Tampil pula dengan baju kebaya labuh menampakkan kesopanan. Sekali pandang aduhai manisnya inilah jalan menuju syurga. Namun saat kaki mula melangkah aduh peritnya jalan menuju neraka. Yelah, masa berdiri nampak tertutup je dari atas sampai bawah. Bila start berjalan je dah nampak betis. Jadinya sekejap syurga pastu neraka. Sambung syurga, neraka balik. Elok2 pakai tudung kain pula berbelah sampai ke lutut.

Berpakaian mengikut 'trendy muslimah' atau berpakaian untuk menjadi solehah? Anda sendiri yang menentukan di mana kedudukan anda...



Sunday, August 21, 2011

Give and Get



I want to forgive everyone and forget the past so that I can give another chance and get from others too. A friend of mine said: "Time is the best healer, juz don't take it too long..." Thanks friend for keep on reminding me... Life is too short, appreciate it! Ramadhan kareem...

Saturday, August 20, 2011

aurora

Orang selalu tanya saya: "aurora tu apa??"
Jom kita lihat apa yang ada...





ini adalah Princess Aurora aka Sleeping beauty...



Ok2 cukup setakat ini cerita2 fairy tales 10 tahun dulu. Apa yang saya nak jelaskan adalah di bawah ini:





Aurora adalah lengkungan cahaya berwarna-warni yang sentiasa bergerak-gerak di langit. Pergerakan itu berlaku disebabkan perubahan dalam medan magnet di kawasan tersebut. Aurora adalah fenomena yang berlaku di atmosfera bumi, iaitu pada ketinggian antara 100 dan 1,000km dari permukaan bumi. Menurut Aristotle (abad 4SM), aurora adalah chasmata ataupuun letusan yang terjadi di langit.

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat;47)