Sunday, October 24, 2010

Penting 15 Oktober 2010

Bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi", bajet 2011 meletakkan RM212 bilion, angka selesa iaitu sebanyak 2.8% lebih tinggi berbanding sebelumnya (bajet 2010). Perbelanjaan negara pula diagihkan sebanyak RM162.8 bilion bagi kos operasi (pengurusan) dan Rm49.2 bilion bagi kos pembinaan.

Berikut merupakan intipati penting bajet 2011:

  • pembinaan projek pembangunan bercamour termasuklah kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas mengelakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • melanjutkan galakan potongan cukai berpendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti mengeluarkan bahan makanan sehingga 2015
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20% daripada jumlah aset yang diurus berbanding 7% sebelum ini
  • Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli-belah.
  • Dana Pencen Swasta (PDF) tahun depan untuk memberikan manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
  • Program Aduan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Ptrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan intitusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011.
  • penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.
  • kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%.
  • elaun untuk JKKK, JKKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli dinaikkan kepada RM800 sebulan.
  • RM6.9 bilion diperuntukkan untuk bina infrastruktur seperti membina jalan di kawasan luar bandar.
  • RM2.1 bilion diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam.
  • satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembah Getah Malaysia seluas 2,680 ekar di Sungai Buloh.
  • sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga 40%.
  • RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pogram termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak tanah Orang Asli dansempadan penempatan.
  • imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800, elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

No comments:

Post a Comment