Sunday, August 7, 2011

'Orang yang tidak berkasut'

Diriwayatkan daripada Umar r.a. ketika malaikat Jibrail datang dalam bentuk manusia dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai tanda2 hari kiamat. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Tanda-tandanya (kiamat) itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegak dan meninggikan binaannya" -Hadis riwayat Muslim

Menurut pendapat ulama muktabar seperti Imam Nawawi, 'orang tidak berkasut' yang dimaksudkan dalam hadis merujuk kepada mereka yang berada di padang pasir dan bukannya Eropah. Logik tak? Jom kita revise sikit...

Pembinaan bangunan pencakar langit bermula sejak awal kurun ke-20 di Amerika Syarikat. Bermula dengan Empire State Building (1931) hingga ke Menara Sears (1974). Pada 1998, sejarah mencatatkan Menara Berkembar Petronas (Malaysia) sebagai yang tertinggi. Kejayaan yang membanggakan rakyat dan negara2 Islam lain. Namun pada 2004 gelaran pencakar langit ditawan oleh Taipei 101 (Taiwan).

Pada 2010, gelaran pencakar langit dirangkul kembali oleh negara Islam dengan terbinanya Burj Khalifa (Dubai). Dengan peruntukan sebanyak AS$1.5 bilion, kerajaan Abu Dhabi membayar AS$10 bilion kepada Dubai yang hampir muflis kerana projek meganya. Wajarkah umat Islam berbangga dengan gelaran 'pencakar langit' ini? Sedangkan masih ramai umat Islam yang menderita dan memerlukan bantuan, mereka sibuk mengejar gelaran.

Hari ini perlumbaan semakin sengit. Bangunan Mubarak al-Kabir Tower (Kuwait) dijangka siap pada tahun 2016 dengan ketinggian 1001 meter. Bahrain juga tidak ketinggalan dengan Menara Marjan (1,022 meter) manakala Arab Saudi tidak mahu kalah dengan Mile High Tower (1,600 meter).

Jelaslah persaingan bertumpu di padang pasir di Asia Barat. Persoalannya adakah umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam atau terus mabuk mengejar kemegahan membina bangunan2 yang mampu menyapu awan.

No comments:

Post a Comment