Saturday, March 27, 2010

Sebuah Penerbangan

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara lain iaitu kubur dan akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi hanyalah kain kapas putih.

Di mana pewanginya bukan Channel atau PPaco Rabane, tetapi air mawar dan cendana.
Di mana passport kita bukan Malaysia, British, atau America, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan pramugari jelita tetapi malaikat Izrail dan lain-lain.
Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukan KLIA, Hearthrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggu bukan lagi bilik air cond dan red carpet, tetapi bilik enam kaki yang gelap gelita.

Di mana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah munkar dan nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada syurga atau neraka

Tak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir sama ada syurga yang mengalir di bawahnya atau neraka jahanam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya, ianya percuma jadi simpanan(saving) anda tidak akan habis!

Penerbangan ini tidak akan dirampas oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan.

Jangan risaukan delay. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan difikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka ria.
Jangan bimbang tentang tempahan… ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita baik!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!!

Monday, March 8, 2010

Pasukan ke suku akhir Debat NC

Hari ni result persidangan terakhir diumumkan. Agak bimbang juga kalau-kalau tak dapat masuk suku. Walaupun dalam fikiran ni cuma ada pasal debat je tapi Alhamdulillah test Microeconomi pagi tadi dapat jawab. Syukur Allah mudahkan segalanya.

Akhirnya result pun keluar. Agak hampa sebab kalah dengan margin 1. Sengit juga rupa-rupanya lawan dengan kakak-kakak senior ni. Maklumlah kami budak baru belajar, tahun satu semua. Apapun, tahniah buat Kak Syuhada, pendebat terbaik pihak kerajaan.

Sebenarnya ada kisah menarik pasal Kak Syuhada ni. Seorang mahasiswi yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, Ainul Mardiyah. Sememangnya Kak Syuhada berjaya membawa imej Islam dengan sangat berkesan dan juga berjaya membuktikan bahawa perkahwinan bukanlah penghalang kepada perjuangan. Sangat aktif di kampus terutamanya dalam lapangan perdebatan. Tidak pernah menjadikan anak dan keluarga sebagai alasan malah lebih bersemangat daripada mahasiswa dan mahasiswi lain yang masih bujang. Apa yang penting, sokongan dan galakan berterusan daripada suaminya menjadikan Kak Syuhada lebih berpotensi untuk berjaya. Semoga lebih cemerlang, Insya Allah.

Keputusannya, pencapaian keseluruhan team FST A :3 menang 2 kalah dengan kutipan mata sebanyak 20 mata sehingga hari ini. Ringkasnya, team kami berjaya ke semi final 13hb ni. Buat team FST B, Ubaid, Firdaus, Pak Lah dan Tajul, jangan kecewa walaupun tak dapat masuk suku. Insya Allah semoga amalan kalian dihitung sebagai kebaikan disisi Allah. Irham, Zaim, Amirul dan saya akan meneruskan perjuangan di arena perdebatan ni. Doakan yang terbaik untuk kami.

Dan akhirnya, tahniah buat Irham yang berjaya mengekalkan kedudukan pendebat terbaik dalam rangking keseluruhan pedebat sehingga hari ini. Semoga sentiasa dalam kesyukuran kepada Ilahi, Pemberi Anugerah yang tak terhingga. Kita akan teruskan sampai final Insya Allah.

Sunday, March 7, 2010

Hari Kedua Debat NC

بسم الله الرحمان الرحيم
Terima kasih yang dipertua dewan, barisan kabinet kerajaan, legasi pembangkang dan seterusnya Dato’-dato’, Datin-datin sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum, selamat bersidang dan salam 1 Malaysia saya hulurkan kepada kesemuanya…

Pada hari ini kami selaku barisan pemuda PAS di kabinet kerajaan akan berdebat secara bersemuka dengan pihak pembangkang yang diwakili oleh Persatuan Ubat Gigi Malaysia di bawah usul “Sistem Pendidikan Negara Menyemai Semangat Perpaduan Kaum”.



Wah syok betul 3 jejaka kita bersidang. Zaim selaku Perdana Menteri, Irham Timbalan Perdana Menteri dan seperti biasa, Amirul Menteri Pertahanan. Warna tema kami hari ni hijau, tenang je masuk bersidang. Lawan Fakulti Pergigian (FPg), sebab tu di beri nama ubat gigi. Keputusan juri, usul diterima dengan mata 7 bermakna kemenangan di pihak kami. Team FST B juga meraih kemenangan dengan mata sengit iaitu 1.

Pusingan kedua, kami dapat pembangkang di bawah usul “Misi ke Angkasa Lepas Wajar Diteruskan”. Jumpa kakak-kakak Fakulti Syariah (FSU B). Agak cuak sebab turn saya masuk bersidang. Irham Ketua Pembangkang, saya Timbalan Ketua Pembangkang dan jawatan kekal Amirul Pembidas. Alhamdulillah semua hujah berjaya disampaikan dengan baik. Namun, keputusan juri hanya akan diumumkan esok. Terima kasih semua atas bantuan secara langsung atau tidak langsung. Mata terkumpul setakat ini FST A:21 manakala FST B: 4.

Keputusan esok akan menentukan pasukan yang bakal berentap dalam suku n semi final. Harap-harap keputusan yang terbaik akan kami terima, Insya Allah.

Saturday, March 6, 2010

Hari Pertama Debat NC

بسم الله الرحمان الرحيم
Terima kasih yang dipertua dewan, barisan kabinet kerajaan, legasi pembangkang dan seterusnya Dato’-dato’, Datin-datin sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum, selamat bersidang dan salam 1 Malaysia saya hulurkan kepada kesemuanya…


Bertemakan warna merah sebagai lambang keberanian, kami tampil dengan membawa nama fakulti. 2 team kami pertaruhkan iaitu FST A dan FST B. Ternyata, perjuangan kami tidak sia-sia. Dengan kutipan mata sebanyak 13 mata setakat hari ini kami sangat berpuas hati dan gembira. Namun, buat team FST B, kekalahan anda tidak bermakna gagal selamanya. Insya Allah masih ada peluang esok. Masih ada 2 game yang bakal menentukan team-team yang bakal berentap di suku akhir. Buat zaim, irham dan mirul, korang memang mantap dan melatup! Ubaid, firdaus, pak lah dan tajul, korang masih ada peluang. Tunjukkan kehebatan anda.
FIGHT FOR FST, FIGHT FOR ISLAM…

Wednesday, March 3, 2010

Hadiah seorang sahabat...

Assalamualaikum w.b.t. Entry pertama saya sisipkan setelah seminggu membuka blog ni. Saya bukanlah seorang peminat karyawan apatah lagi seorang penulis hebat. Namun, sebagai menghargai usaha seorang sahabat, saya memulakan langkah pertama. Untuk pengetahuan semua, blog ni adalah hadiah daripada seorang sahabat. Bermula dengan pemilihan nama untuk blog hinggalah kepada wujudnya blog ni, semuanya adalah hasil kerja sahabat saya. Namun, oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan di kampus dan kolej kediaman, tergendala seketika hasrat untuk menulis. Dan kini, saya akhirnya berjaya menulis selepas pulang daripada mesyuarat. Tidak dilupakan juga buat bonda tercinta yang sentiasa menjadi idola, bapa tersayang yang sentiasa menjadi pendorong setia, juga adik-adik sumber inspirasi dan penawar hati. Buat teman-teman yang sentiasa bertanyakan perkembangan saya, maaf dek kerana fobia dengan friendster, tak termampu nak join facebook walaupun dah berkali-kali di invite. Terima kasih Syira atas setiap pengorbanan, pencetus segalanya.
Dan akhirnya, terimalah, hadiah daripada seorang sahabat…
catitan daripada saya seorang insan biasa...